WLAN

Posted in cawan kosong on 12 November 2009 by oney

 Kalau bole saya nak bagi pada semua. Tanpa syarat, percuma di mana² jua anda berada. UNLIMiTED. Macam promosi stremix tu, dlm bilik air pun buleh guna. Tgh masak pun boleh guna.

 

Tapi saya bukan owner @ VP @ head utk projek ni. Tentunya compani entenasional ini akan mberi pelbagai syarat utk tidak d gunakan ’ ikut suka hati pakcik anda’.

Saya perlu tulus, lurus bendul dan langgar tembok mungkin kerana saya di perhatikan.

Di ulangi —- akak di perhatikan wahai adik ku —-

DAN —- akak jua memerhatikan mereka —- :D

Kami berhubung kait.. saling lihat melihat dengan mata terkelip-kelip ..seperti org bcinta.. ahaks!

 Nanti kerana keinginan meluap-luap kamu tu tidak pasal², saya berwap’. Bukan stakat wap.. steam pun plus in sama.  Biarpun mereka yang memerhatikan saya berada di lain benua. Tp tangan, kaki ada kat sini dik non. :P

 

Mohon faham.

 Saya yang mjalankan tugas.. hahaha

 NOTE :: x payah la request banyak2 kali, tulis la ayat bunga daun matahari.. tEtAp kena reject. Noktah.

 

 

 

Faedah Susu Ibu

Posted in cawan kosong on 11 November 2009 by oney

baca faedah susu ibu di…………..

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam.

keRibutan

Posted in cawan kosong on 10 November 2009 by oney

Semalam pergi menghadirkan diri dalam kelas. Untuk sessi yang entah ke berapa kali. Gaya, mutu, keunggulan ada.. tumpuan tiada. Mana saje pergi melayang fokus saya ni. .. Ustaz ensom ada mengajar kelas tasmid di bawah nu. Sayup sayap terdengar-dengar suara bergetahnya menabur ilmu.. Masih muda, dahi bertanda ; oh .. bukan dia.. tapi orang sebelah saya ni yang buat saya ilang fokus.

‘ngah, baca. muka surat mana..? saya hendak semuanya lengkap.’

Ustazah dah lenyapkan susuk ustaz ensom dari kepala …terus aje fokus direct kat buku.. kantoi dengan ustazah adalah amat memalukan. lebih malu lagi jika bacaan macam kuda kepang di naiki beban 100x  berat.

selesai udah, rutin itu memang macam biasa. Saya sentiasa yang pertama di situ. Walau saya tiada, Ustazah akan sentiasa menyebut ‘Ngah’ dahulu  .. mungkin kerana lunak dan lengguk saya betul. atau mungkin jua saya yang terlembut antara semua, terbaik mungkin > .. eyewww.. delete.. perasan tahap tak hingat.

ok. berbalik kepala aura yang buat fokus saya hilang. dia yang setia berada di sebelah, semalam cukup berlainan sekali. saya tidak tahu kenapa tetapi dapat saya rasakan dia seperti sedang berkejar² atau di kejar. tiada kepastian yang boleh saya rumuskan lalu saya melihat dia dengan ekor mata bermaksud … ?… dan dia seperti faham. tapi dia tetap bermain kejar². tahap dia semalam seperti ribut, semua traffic light di redah, terjun longkang.. habis semuanya di kaut menjadi satu. nada, irama tunggang langgang. apakan lagi segala hukum. hancur menjadi debu. Lagi sekali saya mengunakan kuasa veto orang kerusi sebelah.. menyepak kaki dia. dia tersentak .. sekejap cuma. seakan menarik nafas untuk kembali berRibutan. buat saya semakin rimas.

‘ perlahan-lahan, jangan tergesa-gesa..tarik nafas’

ohh.. bukan saya sahaja yang terlalu prihatin. ada juga yang peka. ustazah sudah mula memberi hint. dah mula membuat roadblock. tapi… sama…. mungkin sistem pendengaran dia dah tersumbat. kan?

selesai acara meRibut dari orang sebelah. dia tercunggap-cunggap. saya masih berposisi memandangnya seperti helang sedang skodeng tikus mongolia. saya geram, heran dan macam-macam lagi. dia tidak endah. maka dengan itu, saya menghentikan gaya skodeng … saya pandang ke hadapan.. pandang muka Ustazah lagi aman damai jiwa ku.

… Kelas tamat jam 10.10 mlm. dalam hujan gerimis .. saya berpayung .. saya amat sukakan hujan. tapi kerna keceluparan mulut-mulut makcik purba di sini. saya ikutkan.. lebih enak mendengar rentak gerimis menitis.. dari air liur bersembur..

Saya dan orang sebelah pergi kelas bersama apakan lagi pulangnya. Car Pool. Saya mengambil peluang ini untuk merisik-risik tentang Ribut yang di lancarkan tadi. Dan jawapannya .. tidak sungguh saya sangka. sungguh la rasa seperti hendak menerajangnya dengan kedua-dua belah kaki. Nasib baik saya yang memandu. maka niat untuk melihat dia terperusuk di terajang bukan idea yang bijak.

Rupa-rupanya bukan sahaja awan,kilat, petir,udara panas boleh menyebabkan terjadinya ribut… terkini.. perut memulas dan rasa hendak melepaskan udara panas jua boleh menyebabkan ribut.

hmmm………..baru saya tahu…

 

 

 

 

 

go go go!

Posted in cawan kosong on 6 November 2009 by oney

Saya hendak menulis tentang rasa. Rasa yang bukan buleh di buat-buat. Datang sendiri merayap di urat saraf, semua saraf di rempuhnya. lancar macam iklan minyak caltex tu..

Tidak mahu kongsi dengan sesiapa pun link blog ini, hari ni adalah hari kedekut haji bakhil saya. Pencetus rasa saya lahirnya dari blog itu. Saya tidak tahu bagaimana orangnya, tetapi bila saya membaca butir ayat tersusun indah itu saya menjadi sangat kaya rasa. 

Saya ingin berterima kasih kepada dia .. kerana dengan iltizam dan usaha kerasnya bersuara kepada dunia tentang perkara yang sesetengah orang menganggap amat remeh, leceh, malu ..may be old school jgk!

Sukanya saya hari ini membaca coretan berkenaan hak. Hak seorang anak. Hak seorang ibuayah. Hak kita untuk memberi apa yang dia berhak. Saya ingin menjadi seseorang yang bertanggungjawap dan disiplin dalam memberi hak. Dari dia didalam saya, telah saya berkira-kira untuk memenuhi tuntutan hak itu. insyaallah.. blog itu membakar semangat saya untuk terus menerus melunaskan segala yang saya idamkan.

ok.. enough.

saya hanya bermonolog lagi. hehe

tidak faham pun takpe.

Image063

note : saya telah jatuh cinta ….

(“_,) si pemalu

Posted in cawan kosong on 4 November 2009 by oney

assalamualaikum wbt

sihat???.. offcouse~ :P

baru semalam menulis n3 pertama lepas tamat tempoh cuti-cuti malaysia. terdapat banyak komentar yang dah basi berusia lingkungan 1-2 bulan.  itupun saya terperasan apabila terlihat sepintas lalu di kotak komentar itu. isinya ada tapi hendak menjawapnya agak sengau sikit. :D sudahnya mana yang patut terpaksalah saya mendelete secara berjemaah. lagi teruk lagi saya tidak perasan selama ni di kotak itu ada 1 coloum komen spam. cianlah siapa yang komennya tersangkut di situ. musti dia sangka saya seorang yang tidak menghargai sesiapa yang singgah di sini. maaf dong.. memang saya tidak perasan! hehe

saya hendak memperkenalkan dia, si pemalu itu. inilah dia..

si pemalu Khairah Dahiyah

ada berkajang-kajang cerita hendak di taip rasanya. macam-macam hendak saya kongsikan bersama kamu. tetapi hendak menyusun satu persatu hingga perenggan akhir saya tidak mampu. saya beri kamu lihat pic si pemalu ini. lengkaplah satu cerita, penyelesaiannya dia.

mari menjadi sihat.

Posted in cawan kosong on 3 November 2009 by oney

Assalamualaikum wbt

sihat?… sihat…………………………….

udara sudah bertukar, tidak nampak lagi sidaian kain baju bergantungan. regimen susun atur sahaja yang masih sama.. orang nya masih sama namun lebih ceria.. lebih sibuk dari biasa.. dan lebih la sikit dari lain-lainya.

kita andaikan setiap kita tidak kan sama. tiada ‘andai’ sepatutnya. memang tidak sama. dulu boleh orang guna pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain" tetapi la ni .. "rambut pun tidak sama hitam, hati maintain lain-lain" banyak maksud yang boleh di hurai panjang. kalau bercerita tentang kiasan dan propa memang menjelang tahun baru pun tidakkan nampak nokhtahnya.

apa yang penting antara warna rambut dan hati atau pepatah itu, di sebalik itu yang perlu di tekankan adalah kesihatan. biarlah rambut warna apa jua hati menyanyi ikut hasad mana yang penting adalah KESIHATAN.

keSihatan adalah tonggak utama dalam aturcara mana sekali pun. saya menyeru rakan taulan untuk menjaga kesihatan diri. bila tonggak utama itu kukuh.  langkah akan maju.  pemikiran akan luas, kita cergas dan kuat  ..             kita akan  s i h a t.  bagaimana mahu menjadi sihat? search di mana-mana ada banyak maklumat berfaedah yang boleh kita dapat dengan free. untuk sihat tidak perlu keluarkan modal. memang itu telah di beri.. kita harus menjaganya. mahu untuk jadi tidak sihat?.. lagi senanggggggg.. abaikan semua!

tetapi.. ada yang mahu jadi sihat. dan buat segalanya untuk sihat. namun kekal tidak sihat. ye ada.. yang berpenyakit. makan ubat. makan makanan yang berkhasiat. kekalkan rutin harian yang sihat. berfikiran sihat. insyaallah..

menjadi sihat itu senang.

menjadi tidak sihat itu senang.

buatlah pilihan bijak.

note : rindu semua geng blog.