ubat dan penawar
Malam tadi sebelum mata terlelap, melayang fikiran mengingatkan apa yang telah berlaku. Sepanjang perjalanan pulang dari kampong .. kami bincangkan perkara ini dalam kereta. Dan pagi ni masih tergiang² lagi ulasan dan jawapan dari buah fikiran Buyai. Antaranya yang buat aku rasa sedikit terkilan ..
Dia rasa amat kecewa dan bosan.
Siapa yang tidak kecewa, siapa yang tidak bosan ..aku faham bila dia voice out apa yang sebenarnya ..dia jua human dan sedang tenggelam dalam emosinya. Mungkin jua.. tekanan demi tekanan.. lepas 1.. ada 2 di ikuti dengan 3 hinggalah entah ke berapa.. Sesiapa pun akan mula menunjukkan belang baur kekalahan, rasa lelah setelah berhempas pulas melawan ..menahan desir² gelombang kemarahan.. kita manusia.
Kita tidak perfect di mana-mana. Aku faham itu, lebih lagi orang seperti Buyai yang selalunya dapat mengawal emosi.
Namun.. pabila dia menyatakan *amat kecewa dan bosan.. Akulah manusia yang sangat-sangat terkilan, berasa hati .. Kerana dalam tanggungjawap kita tidak patut ada rasa kecewa ..dan bosan. Apakan lagi kita adalah tunggak untuk membentuk, membawa, menarik dan bersama selagi kita bernafas. Bagi aku.. walau apa jua cabarannya.. dia adalah di atas tanggungjawap kita.
Aku tahu jugak. Dia tidak sepatutnya begitu. Kenapa aku kata demikian?.. Dia lain dari lain .. sangat berlainan sampaikan aku merasa .. dia hadir dengan menyeret sekali segala cabaran untuk menduga tahap kesabaran kita. Ini perancangan Ilahi.. aku percaya dia memang mahu kita memunasabah diri setiap hari.
Dan menebalkan tahap kesabaran dalam pupuk usia.
—–;-;{@ R A B I A T U L A ‘ D A W I Y A H @};-;—–
Dia istimewa sebenarnya Buyai,
Dalam kenakalan, dia amat mengambil berat jika kita sakit. Tidak ingat ke kau apa layanan yang di tunjukkan pada kau..sehingga membuatkan kau berlalu menjauh sambil menitiskan air mata. Kerana apa itu Buyai?.. kerana layanan dan tindakan dia.. dia istimewa.. aku merasainya..kau jua rasai yang sama kan?
Dia istimewa..Kerana dengan adanya dia.. Kita tidak langsung perduli semua kata-kata orang..Kau ingat tak apa berlaku ’dulu’ ?Kerana kekuatan dari dia lah.. kita menjadi kuat dan meneruskan kehidupan tanpa menoleh lagi.
Dia istimewa dalam corak nya tersendiri..
Dia menyuarakan segala apa dalam kotak fikiran dengan jujur tanpa berselindung.
Dia berani menyatakan kesalahan dia.
Dia sangat indipendent.
Dia sangat sensitif pabila nampak orang tua. ( senang sangat kasihan dan menitiskan air mata)
Dia punya piching suara yang tinggi. ( aduh…)
Dia pandai menaikkan bil electric. ( ngk kartun 24/7)
Dia suka reakreasi.. menemankan joging (ekceli pi main playground)
Dia sangat comel pabila berbaju kurung.. (baju yang paling dia tidak suka)
Dia ’rajin’ mengemas..(bila di suruh) .. dan telah boleh di harap membuat kerja rumah.
Dia suka goreng telur sendiri. (berangan cam dapur tu dia incharge..)
Dia tidak pernah lupa hari ibu, hari ayah.. dan hari jadi..
Dia yang bersusah payah membuat segala kad dan cenderahati..
Dia sangat istimewa.. tetapi iya.. hanya dalam ’corak’ nya yang tersendiri.
Dia jua tidak sesempurna mana
Tidak apa Buyai..
Kita perlu terus berusaha
Menasihati dan membimbing dia
Insyaallah.. dia akan berubah.. dia akan matang dlm menginjak usia.
Insyaallah.. kita akan berdoa untuk dia. Dia akan memakhbulkan doa kita.
Kita berusaha.. insyaallah ..kita kan berjaya.
Ameen..
—–;-;{@ R A B I A T U L A ‘ D A W I Y A H @};-;—–