(^-’)
Semalam jerebu teruk. Rasa sangat udara buat dada makin sempet terik. Walau keadaan tidak la sepanas mana, akan tetapi keadaan jerebu itu sangat menyesakkan hidung yang selsema. Semalam di lalui dengan nafas so-so. Masih boleh di sedut, tetapi lagi bagus kalau duduk dalam hawa dingin. Jadinya pemilihan dengan berhawa dingin adalah lebih baik dari bersuai mesra dengan lanskap di Rehat & Rawat Seremban.
Hasrat Emak hendak menunaikan Umrah yang telah terhalang dek ‘misscomunication n action’ pertengahan awal tahun lepas akhirnya tercapai sudah. Berbekalkan nawaitu yang suci Emak telah berlepas dengan selamatnya ke Jeddah. Dan aku berlepas pulang dengan jayanya .. tu pasal la ada n3 untuk hari ini.

Alhamdulilah. Semoga Emak selamat pergi dan pulang. Jangan lah dok teringat dan wendu banget kat anak Emak yang comei loteh ni. Kambing-kambing Emak dah oney aturkan seseorang untuk menengok-nengok dan menghalau kalu tidak ingat jalan pulang ke kandang. Ayam-ayam Emak camgitu la jugak gayanya. Rambutan merah, kuning.. Emak dah selamat oney, buyai & along bersihkan. Tinggai pokok kelapa Emak yang lebat berbuah jek yang tidak terusik.. uish.. tidak sanggup ..
…….. tapi…………………….
tiba-tiba rindu pulang apa Harrash Hazim ni..

aiiii…………
23 Julai 2009 pada 10:05 pm
hi oney~~!!
24 Julai 2009 pada 9:56 am
hi errrr… Sara?