Tersesat hingga sesak di buatnya. blogging ini adakala amat menghiburkan, membaca nan macam-macam cerita kelakar, gumbira, ketawa meleret-leret.. sebaliknya pun ada.. hiba, sedih, sendu..
sehingga naik bengkak mata comei saya nii..
saya tersesat di 1 lagi blog seorang wanita berstatus Ibu. ini……… http://mulancomey.blogspot.com/2009/06/diary-seorang-ibu.html
membaca kisah nya ini mengingatkan saya pada blog seorang lelaki berstatus Ayah..kepada Arwah Amir Yusuf. … http://www.fajaril.net/blog/category/amir-yusuf/ blog ini sentiasa saya lawat jika ada kelapangan.
saya tahu dalam keadaan saya yang begini .. sepatutnya perlu di elakkan sesuatu yang boleh meruntun jiwa sensitif. saya amat sensitif dan kalah bila berdepan dengan keadaan mendung begitu. ini saya, si sensitif yang akan mudah hujan ..dah tu jenis hujan yang bukan cepat reda.. sampai bengkak-bengkak mata. berhingus bagai.. aduhh.. malu jika yang lalu lalang perasan keadaan saya yang sedang berperang dengan emosi.. sungguh malu.. tetapi.. jika awak-anda-kamu pergi menjengah ke blog ke 2 mereka yang telah saya siap link kan di atas. membaca kisah itu dari mula hingga sempurna ke akhirnya.. dan jika sehingga noktah terakhir siri itu, anda masih mampu tersenyum dan ketawa meleret-leret .. saya pasti urat atau skru di kepala awak-anda-kamu ada yang longgar. sila la mendaftar ke tempat sepatutnya .. anda cacat perasaan.. cacat jiwa.. cacat airmata..
saya pasti.. kerana.. dengan membaca kisah demikian.. saya merasakan bahawasanya saya adalah manusia normal yang masih penuh sifat kemanusian dan sangat sensitif dengan bahasa dunia ..dan ini amat di perlukan untuk dewasa kini, bukan sahaja manusia memerlukan saya.. tapi begitu jua alam sekitar dan dunia.
nota : awak-anda-kamu manusia kan? pasti? atau saya terlalu emosi? huh- tidak!



