makin pantas masa berlalu

salam wp,

lama tidak menjengah.. dan mungkin lepas ni lagi lama la tidak dapat melawat sekitar wp ..walking blogging cam biasa. apsal? waduh.. bila dah ada yang akan bersama .. saya akan menjadi seorang yang sangat kekok dan lebih berminat merenung jarum jam agar lebih cepat berdetik pantas. entah bagaimana keadaan saya nanti.. pasti dan yang amat pasti, saya akan merasakan bahang ketidak selesaan itu. waduhh.. minggu ini adalah minggu terakhir saya bergerak secara solo. minggu depan akan mula berduet .. dengan seseorang yang sangat asing bagi saya. entah bagaimana penerimaan saya padanya.. harap saya terlebih friendly seperti biasa. jangan muka beku lagi udah la. cian dia.

nota : harap saya tidak jatuh merundum ke paras beku. jika tidak pasti nya dia akan tidak selesa. uihh.. tidak baik begitu oney!. apa yang penting k e r j a s a m a.

~  ~ ~

saya sedang dalam misi mencari seseorang. oh.. bukan, saya sedang mengskodeng seseorang. lewat kebelakangan ini blog, email, hp peribadi saya telah di ganggu. tidak kira masa.. tidak mengira waktu. namun dia membisu pabila saya menjawap panggilan nya cara berhemah. biasanya saya memang tidak berminat untuk menjawap panggilan dari no telefon yang tidak saya kenali. tapi tidak tahu kenapa kali ini saya menukar persepsi saya pada semua pemanggil. ah..mungkin ada yang penting misalnya?.. atau ada mengunakan no hp yang baru?.. hp habis kredit lantas mengunakan hp kawan? lgpun Emak tiada di malaysia, jadinya saya tidak sanggup menghadapi kemungkinan-kemungkinan jika tidak menjawap setiap panggilan yang mendatang.. hmm reason yang kukuh kan?.. hehe

siapa sebenarnya ‘manusia’ itu? saya hendak menasihatkan anda. sebagai seorang yang dah lama menetap di bumi Allah ini, silalah jangan menyusahkan saya yang sedang bahagia-bahagia ini. skemanya ayat…..~ perlu kah saya tahu .. apa perlunya anda mencari dan menganggu saya? adakah anda punya sebab yang kukuh untuk mengacau inbox dan blog saya sehingga jika silap orang yang membacanya sudah pastinya tafsiran akan berbaur hangat. saya tidak perlukan virus-virus begini menyerang keadaan sederhana santai bahagia saya. saya tidak memerlukan anda untuk menyumbang dan mengheret urat otak saya memikirkan tujuan dan siapa kah anda. biar siapa dan apa tujuan anda.. biar saya tegaskan.. saya masih begini dan tidak terganggu gugat dengan kemunculan secara mendadak anda dalam sigmen-sigmen siang malam saya. butang delete ada di tangan saya. saya berkuasa untuk menentukannya.. (whoaaaaa..gerun tak?)

nota : hentikanlah perkara yang sia-sia itu.

~ ~ ~

semalam kelas bersama Ustazah Siti Fatimah berakhir pada jam 10 malam. lewat 30minit dari sepatutnya. penekanan tertumpu pada tajuk tunggak iaitu ” k a w a n”  saya tertarik pada ini..

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Kawan yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Apabila dia tidak memberi minyak wangi, kamu akan tetap mencium keharumannya. Sedangkan kawan yang buruk ibarat tukang besi. Sesungguhpun kamu tidak dijilat oleh apinya, kamu akan tetap terkena asapnya." (Hadis riwayat Bukhari)

nota : saya bertuah di kelilingi kawan-kawan yang pelbagai. ini untuk kamu .. kamu punya akal .. kamu bijak .. kamu bukan calang-calang belia negara.. fikir-fikirkan..

~ permisi ~

 

 

 

3 Respons kepada “makin pantas masa berlalu”

  1. wah…siapakah gerangan yg mengacau ko..
    ko tau kan emel dan no phone aku kan?
    maka aku bukan lah salah seorang dr kalangan org itu..
    kan??kan??
    maka aku terselamat dr button DELETE…
    yehaaaa………

  2. yg pasti bukan aku
    sebb memang aku da x kaco ngko

Tinggalkan jawapan