..insyaallah..

Assalamualaikum WP dan semua yang sudi membaca blog ‘Oney’..

:)

Saya tidak tahu gimana mahu bermula tapi tahu gimana nak menitik noktahnya.. hehe

Mana-mana blog yang saya rayau rata-ratanya sudah mula berkumandang lagu² menyambut ramadhan ehem .. ucapan menyambut ramadhan.. salam kemaafan yang mekar dari hati ekhem.. salam perantauan dari seberang .. hmmm..  saya? owhhh.. saya pun nak lah buat yang sama ..hehe cumanya saya ada ketupat yang anyamannya lain la sikit. wangi baunya.. bau syurga kata mak saya.. perfume mana pun takkan sama dengan bau dia.. cewah!..mak yo yoo le tu.

Saya sedang berbesar hati, kecut hati, sedang² gitu dan kering hati. Saya amat bersyukur Ramadhan ini saya menyambutnya dengan hutang tahun lepas yang masih tertunggak.. hahaha walau dah berkurangan tp hutang tetap hutang. Dan hutang ini akan menjadi lebih lebar jalur kiraan nya bila di campur dengan Ramadhan tahun ini ..aduiiii.. harap dapat saya membayar nya nanti. harap saya di beri kesempatan untuk membayarnya. insyaallah.. jika umur saya panjang selepas ini…

Ramadhan kali ini saya akan menyambutnya dengan kadar santai yang amat sederhana. Saya sangat berharap saya akan kuat untuk memasak bagi berbuka dan sahur.. Rabiatul dah 4 tahun berpuasa penuh.. seleranya sangat kurang.. saya tahu pilihan menunya.. apa yang membuka lohong seleranya.. kesian dia jika saya tidak kuat nanti..

Ramadhan kali ini .. pasti saya tidak dapat berbuka di luar.. hahaha        jika tidak merasa jugak la berbuka di luar dan merayau di pasar ramadhan mencari yang sedap di mata.. kecur air liur..fuhhh ..apakan daya…

Ramadhan ya Ramadhan pelbagai rahmat dalam ramadhan.. jangan di lepaskan wahai teman. (ruginya hamba..)

Nn3 ini adalah terakhir dari saya.. insyaallah.. jika di permudahkan dan di izinkan .. kita kan berjumpa lagi November 2009.. masih di tahun yg sama..

Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua yang rajin menjengah blog saya. Maafkanlah saya jika ada komen  yang menguris jiwa raga. Doakan saya selamat berjuang dan di permudahkan segalanya..

Salam Ramadhan .. dan seterusnya Salam Syawal untuk semua.. moga kita berjumpa lagi…insyaallah.

Maaf Zahir dan Batin.

 

crap cry 

 

 

 

5 Respons kepada “..insyaallah..”

  1. yaaa.. pasti kita berjumpa lagi dong!

    kalo masa raya x larat nak masak.. catering jerk..
    kitorang masih suka lagi datang n makan..

    emm.. tringat rendang yg pedas amat2.. terbakar bibir ni…
    kih kih kih

  2. insyaallah……………………………………

    apa kata k.ani ‘cater’ sendiri..
    jamu oney makan?..
    fuh..idea yg sgt bernas!

  3. selamat la segalanya yek oney…

  4. oney bila ko nak bersalin neh… ke dah bersalin.. apa2 pun.. selamat berpuasa la ek walau kau tak berpuasa… hik hik hik… aku doakan semoga ko selamat sentiasa ntuk apa jua… insyaAllah……

  5. Noor Zurani Berkata:

    ko dah cuti ek?

Tinggalkan jawapan