Arkib untuk 3 November 2009

mari menjadi sihat.

Posted in cawan kosong on 3 November 2009 by oney

Assalamualaikum wbt

sihat?… sihat…………………………….

udara sudah bertukar, tidak nampak lagi sidaian kain baju bergantungan. regimen susun atur sahaja yang masih sama.. orang nya masih sama namun lebih ceria.. lebih sibuk dari biasa.. dan lebih la sikit dari lain-lainya.

kita andaikan setiap kita tidak kan sama. tiada ‘andai’ sepatutnya. memang tidak sama. dulu boleh orang guna pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain" tetapi la ni .. "rambut pun tidak sama hitam, hati maintain lain-lain" banyak maksud yang boleh di hurai panjang. kalau bercerita tentang kiasan dan propa memang menjelang tahun baru pun tidakkan nampak nokhtahnya.

apa yang penting antara warna rambut dan hati atau pepatah itu, di sebalik itu yang perlu di tekankan adalah kesihatan. biarlah rambut warna apa jua hati menyanyi ikut hasad mana yang penting adalah KESIHATAN.

keSihatan adalah tonggak utama dalam aturcara mana sekali pun. saya menyeru rakan taulan untuk menjaga kesihatan diri. bila tonggak utama itu kukuh.  langkah akan maju.  pemikiran akan luas, kita cergas dan kuat  ..             kita akan  s i h a t.  bagaimana mahu menjadi sihat? search di mana-mana ada banyak maklumat berfaedah yang boleh kita dapat dengan free. untuk sihat tidak perlu keluarkan modal. memang itu telah di beri.. kita harus menjaganya. mahu untuk jadi tidak sihat?.. lagi senanggggggg.. abaikan semua!

tetapi.. ada yang mahu jadi sihat. dan buat segalanya untuk sihat. namun kekal tidak sihat. ye ada.. yang berpenyakit. makan ubat. makan makanan yang berkhasiat. kekalkan rutin harian yang sihat. berfikiran sihat. insyaallah..

menjadi sihat itu senang.

menjadi tidak sihat itu senang.

buatlah pilihan bijak.

note : rindu semua geng blog.