Arkib untuk 10 November 2009

keRibutan

Posted in cawan kosong on 10 November 2009 by oney

Semalam pergi menghadirkan diri dalam kelas. Untuk sessi yang entah ke berapa kali. Gaya, mutu, keunggulan ada.. tumpuan tiada. Mana saje pergi melayang fokus saya ni. .. Ustaz ensom ada mengajar kelas tasmid di bawah nu. Sayup sayap terdengar-dengar suara bergetahnya menabur ilmu.. Masih muda, dahi bertanda ; oh .. bukan dia.. tapi orang sebelah saya ni yang buat saya ilang fokus.

‘ngah, baca. muka surat mana..? saya hendak semuanya lengkap.’

Ustazah dah lenyapkan susuk ustaz ensom dari kepala …terus aje fokus direct kat buku.. kantoi dengan ustazah adalah amat memalukan. lebih malu lagi jika bacaan macam kuda kepang di naiki beban 100x  berat.

selesai udah, rutin itu memang macam biasa. Saya sentiasa yang pertama di situ. Walau saya tiada, Ustazah akan sentiasa menyebut ‘Ngah’ dahulu  .. mungkin kerana lunak dan lengguk saya betul. atau mungkin jua saya yang terlembut antara semua, terbaik mungkin > .. eyewww.. delete.. perasan tahap tak hingat.

ok. berbalik kepala aura yang buat fokus saya hilang. dia yang setia berada di sebelah, semalam cukup berlainan sekali. saya tidak tahu kenapa tetapi dapat saya rasakan dia seperti sedang berkejar² atau di kejar. tiada kepastian yang boleh saya rumuskan lalu saya melihat dia dengan ekor mata bermaksud … ?… dan dia seperti faham. tapi dia tetap bermain kejar². tahap dia semalam seperti ribut, semua traffic light di redah, terjun longkang.. habis semuanya di kaut menjadi satu. nada, irama tunggang langgang. apakan lagi segala hukum. hancur menjadi debu. Lagi sekali saya mengunakan kuasa veto orang kerusi sebelah.. menyepak kaki dia. dia tersentak .. sekejap cuma. seakan menarik nafas untuk kembali berRibutan. buat saya semakin rimas.

‘ perlahan-lahan, jangan tergesa-gesa..tarik nafas’

ohh.. bukan saya sahaja yang terlalu prihatin. ada juga yang peka. ustazah sudah mula memberi hint. dah mula membuat roadblock. tapi… sama…. mungkin sistem pendengaran dia dah tersumbat. kan?

selesai acara meRibut dari orang sebelah. dia tercunggap-cunggap. saya masih berposisi memandangnya seperti helang sedang skodeng tikus mongolia. saya geram, heran dan macam-macam lagi. dia tidak endah. maka dengan itu, saya menghentikan gaya skodeng … saya pandang ke hadapan.. pandang muka Ustazah lagi aman damai jiwa ku.

… Kelas tamat jam 10.10 mlm. dalam hujan gerimis .. saya berpayung .. saya amat sukakan hujan. tapi kerna keceluparan mulut-mulut makcik purba di sini. saya ikutkan.. lebih enak mendengar rentak gerimis menitis.. dari air liur bersembur..

Saya dan orang sebelah pergi kelas bersama apakan lagi pulangnya. Car Pool. Saya mengambil peluang ini untuk merisik-risik tentang Ribut yang di lancarkan tadi. Dan jawapannya .. tidak sungguh saya sangka. sungguh la rasa seperti hendak menerajangnya dengan kedua-dua belah kaki. Nasib baik saya yang memandu. maka niat untuk melihat dia terperusuk di terajang bukan idea yang bijak.

Rupa-rupanya bukan sahaja awan,kilat, petir,udara panas boleh menyebabkan terjadinya ribut… terkini.. perut memulas dan rasa hendak melepaskan udara panas jua boleh menyebabkan ribut.

hmmm………..baru saya tahu…