Arkib untuk Kategori cawan kosong

keRibutan

Posted in cawan kosong on 10 November 2009 by oney

Semalam pergi menghadirkan diri dalam kelas. Untuk sessi yang entah ke berapa kali. Gaya, mutu, keunggulan ada.. tumpuan tiada. Mana saje pergi melayang fokus saya ni. .. Ustaz ensom ada mengajar kelas tasmid di bawah nu. Sayup sayap terdengar-dengar suara bergetahnya menabur ilmu.. Masih muda, dahi bertanda ; oh .. bukan dia.. tapi orang sebelah saya ni yang buat saya ilang fokus.

‘ngah, baca. muka surat mana..? saya hendak semuanya lengkap.’

Ustazah dah lenyapkan susuk ustaz ensom dari kepala …terus aje fokus direct kat buku.. kantoi dengan ustazah adalah amat memalukan. lebih malu lagi jika bacaan macam kuda kepang di naiki beban 100x  berat.

selesai udah, rutin itu memang macam biasa. Saya sentiasa yang pertama di situ. Walau saya tiada, Ustazah akan sentiasa menyebut ‘Ngah’ dahulu  .. mungkin kerana lunak dan lengguk saya betul. atau mungkin jua saya yang terlembut antara semua, terbaik mungkin > .. eyewww.. delete.. perasan tahap tak hingat.

ok. berbalik kepala aura yang buat fokus saya hilang. dia yang setia berada di sebelah, semalam cukup berlainan sekali. saya tidak tahu kenapa tetapi dapat saya rasakan dia seperti sedang berkejar² atau di kejar. tiada kepastian yang boleh saya rumuskan lalu saya melihat dia dengan ekor mata bermaksud … ?… dan dia seperti faham. tapi dia tetap bermain kejar². tahap dia semalam seperti ribut, semua traffic light di redah, terjun longkang.. habis semuanya di kaut menjadi satu. nada, irama tunggang langgang. apakan lagi segala hukum. hancur menjadi debu. Lagi sekali saya mengunakan kuasa veto orang kerusi sebelah.. menyepak kaki dia. dia tersentak .. sekejap cuma. seakan menarik nafas untuk kembali berRibutan. buat saya semakin rimas.

‘ perlahan-lahan, jangan tergesa-gesa..tarik nafas’

ohh.. bukan saya sahaja yang terlalu prihatin. ada juga yang peka. ustazah sudah mula memberi hint. dah mula membuat roadblock. tapi… sama…. mungkin sistem pendengaran dia dah tersumbat. kan?

selesai acara meRibut dari orang sebelah. dia tercunggap-cunggap. saya masih berposisi memandangnya seperti helang sedang skodeng tikus mongolia. saya geram, heran dan macam-macam lagi. dia tidak endah. maka dengan itu, saya menghentikan gaya skodeng … saya pandang ke hadapan.. pandang muka Ustazah lagi aman damai jiwa ku.

… Kelas tamat jam 10.10 mlm. dalam hujan gerimis .. saya berpayung .. saya amat sukakan hujan. tapi kerna keceluparan mulut-mulut makcik purba di sini. saya ikutkan.. lebih enak mendengar rentak gerimis menitis.. dari air liur bersembur..

Saya dan orang sebelah pergi kelas bersama apakan lagi pulangnya. Car Pool. Saya mengambil peluang ini untuk merisik-risik tentang Ribut yang di lancarkan tadi. Dan jawapannya .. tidak sungguh saya sangka. sungguh la rasa seperti hendak menerajangnya dengan kedua-dua belah kaki. Nasib baik saya yang memandu. maka niat untuk melihat dia terperusuk di terajang bukan idea yang bijak.

Rupa-rupanya bukan sahaja awan,kilat, petir,udara panas boleh menyebabkan terjadinya ribut… terkini.. perut memulas dan rasa hendak melepaskan udara panas jua boleh menyebabkan ribut.

hmmm………..baru saya tahu…

 

 

 

 

 

go go go!

Posted in cawan kosong on 6 November 2009 by oney

Saya hendak menulis tentang rasa. Rasa yang bukan buleh di buat-buat. Datang sendiri merayap di urat saraf, semua saraf di rempuhnya. lancar macam iklan minyak caltex tu..

Tidak mahu kongsi dengan sesiapa pun link blog ini, hari ni adalah hari kedekut haji bakhil saya. Pencetus rasa saya lahirnya dari blog itu. Saya tidak tahu bagaimana orangnya, tetapi bila saya membaca butir ayat tersusun indah itu saya menjadi sangat kaya rasa. 

Saya ingin berterima kasih kepada dia .. kerana dengan iltizam dan usaha kerasnya bersuara kepada dunia tentang perkara yang sesetengah orang menganggap amat remeh, leceh, malu ..may be old school jgk!

Sukanya saya hari ini membaca coretan berkenaan hak. Hak seorang anak. Hak seorang ibuayah. Hak kita untuk memberi apa yang dia berhak. Saya ingin menjadi seseorang yang bertanggungjawap dan disiplin dalam memberi hak. Dari dia didalam saya, telah saya berkira-kira untuk memenuhi tuntutan hak itu. insyaallah.. blog itu membakar semangat saya untuk terus menerus melunaskan segala yang saya idamkan.

ok.. enough.

saya hanya bermonolog lagi. hehe

tidak faham pun takpe.

Image063

note : saya telah jatuh cinta ….

..insyaallah..

Posted in cawan kosong on 19 Ogos 2009 by oney

Assalamualaikum WP dan semua yang sudi membaca blog ‘Oney’..

:)

Saya tidak tahu gimana mahu bermula tapi tahu gimana nak menitik noktahnya.. hehe

Mana-mana blog yang saya rayau rata-ratanya sudah mula berkumandang lagu² menyambut ramadhan ehem .. ucapan menyambut ramadhan.. salam kemaafan yang mekar dari hati ekhem.. salam perantauan dari seberang .. hmmm..  saya? owhhh.. saya pun nak lah buat yang sama ..hehe cumanya saya ada ketupat yang anyamannya lain la sikit. wangi baunya.. bau syurga kata mak saya.. perfume mana pun takkan sama dengan bau dia.. cewah!..mak yo yoo le tu.

Saya sedang berbesar hati, kecut hati, sedang² gitu dan kering hati. Saya amat bersyukur Ramadhan ini saya menyambutnya dengan hutang tahun lepas yang masih tertunggak.. hahaha walau dah berkurangan tp hutang tetap hutang. Dan hutang ini akan menjadi lebih lebar jalur kiraan nya bila di campur dengan Ramadhan tahun ini ..aduiiii.. harap dapat saya membayar nya nanti. harap saya di beri kesempatan untuk membayarnya. insyaallah.. jika umur saya panjang selepas ini…

Ramadhan kali ini saya akan menyambutnya dengan kadar santai yang amat sederhana. Saya sangat berharap saya akan kuat untuk memasak bagi berbuka dan sahur.. Rabiatul dah 4 tahun berpuasa penuh.. seleranya sangat kurang.. saya tahu pilihan menunya.. apa yang membuka lohong seleranya.. kesian dia jika saya tidak kuat nanti..

Ramadhan kali ini .. pasti saya tidak dapat berbuka di luar.. hahaha        jika tidak merasa jugak la berbuka di luar dan merayau di pasar ramadhan mencari yang sedap di mata.. kecur air liur..fuhhh ..apakan daya…

Ramadhan ya Ramadhan pelbagai rahmat dalam ramadhan.. jangan di lepaskan wahai teman. (ruginya hamba..)

Nn3 ini adalah terakhir dari saya.. insyaallah.. jika di permudahkan dan di izinkan .. kita kan berjumpa lagi November 2009.. masih di tahun yg sama..

Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua yang rajin menjengah blog saya. Maafkanlah saya jika ada komen  yang menguris jiwa raga. Doakan saya selamat berjuang dan di permudahkan segalanya..

Salam Ramadhan .. dan seterusnya Salam Syawal untuk semua.. moga kita berjumpa lagi…insyaallah.

Maaf Zahir dan Batin.

 

crap cry 

 

 

 

hanya 1 (‘_’)

Posted in cawan kosong on 18 Ogos 2009 by oney

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap seorang ibu

Hanya satu pintaku
Tuk bercanda dan tertawa
Di pangkuan seorang ayah

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Di pangkuan ayah dan ibu

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap ayah dan ibu

 

aku benci ppisahan

Posted in cawan kosong on 3 Julai 2009 by oney

2nd n3 4 03rd july 09..

selalunya.. aku benci bila ada ppisahan. sebolehnya aku elak dan elakkk.. aku suka jauhkan diri dari tjerumus gedebus kehempus bila aura ppisahan itu mula hai-hai~bye-bye kat aku.

sebab .. aku bukan kuat mana pun.. aku ngaku la, aku tidak kuat untuk menghadapi setiap ppisahan yang hadir dlm hidup.. tidak kisah lew jenis ppisahan yg bagaimana.. walau untuk jangka waktu yg amat singkat pun kalu buleh aku tidak mahu.. hati aku tidak kuat beb.. biasa la..wanita yang penuh klembutan serta sopan santun ini punye hati yang amat sensitif.. lagi sensitif kalu tkena lak dgn calang-calang calon yang nak bpisah tu.. waduhh.. buleh runtuh hati nih.. nanti dah gugur hati ni nak ganti gan ape?..haa.. ko jawap sat! jadi elok la jarakkan diri dari aku, tidak datang sini nak last hug pun takpe.. aku ok jek takde hal.. tp jika ada yang bniat nak wat admin office ni banjir .. sila la.. sila la blah!

hari ni .. n3 ni adalah utk meme.. minah nih..

MEME

( pic candid.. )

ari ni setelah tmaktub mgikut kalendar hr .. setelah di tolak, tambah..delay.. kuarantin.. ari ni ari last dia kat sini.

aku tidak mahu mgulas lanjut sapa dan apa serta mengapa atau apa sebenarnya kwujudan dlm hidup aku. cuma aku harap dia akan bjaya dsana. sukses dgn apa yg dperolehi ..dan terus maju utk mmajukan ekonomi sjagat.

bila kita mjauh ni.. aku hrp x de sapa yg mlupai antara sesapa-sapa itu. sbb slma ni pun kt mmg x prnahnya mdekat.. sentiasa mjauh aje kan?.. tp who knows .. apa erti ”mdekat” boleh wujud dlm dunia ”kita” ni? .. aku pun tidak tahu tp ia ada, belum luput dan tidak tahu la pulak jika akan ada tarikh luput nenanti. ada ke meme? Tuhan shj yg Maha Mengetahui.

1121320w5qnoo8deq

410152qfr13s423d

382671

17

papai meme..

 jgn wendu-wendu kt aku.. jgn sesedeh bagai..  nanti kita dating kat Giant ek..

farewell lunch yg x mjadi

Posted in cawan kosong on 25 Jun 2009 by oney

hmm.. bukan senang nak plan buat gath dgn manusia…. apa lagi nak meet setelah plan di buat. janji kul 12..tgh tepat, yg jalan kaki tunggu di simpang siuh bpeluh terpacak.. nak tsenyum pun dah x larat..apakan lagi nak buat pose mesra alam… kereta member yang blalu pun siap tekan hOn bkali-kali.. naik malu jugak bdiri di sebelah tiang karat tu.. tp nak wat camne.. tunggu mereka yang bjanji jam 12 tepat tu..kOnOn..  hmm.. ..( ony dah mbebel ) padan muka korang sapo suh lmbt.. menganiaya aku yg sedang lemah gumalai ini..haha

peh tu bila dah smpai naiki kenderaan kotak beroda..tu pun dah 10 minit lewat.. leh pulok sume bantai sengeh kambing.. konon mintak simpati..salahkan dia..kamu .. mereka.. aisey.. style lapuk.. tukar style.. aku dah muak..kahkahkah

pic.. ini mbawa 1000 macam cerita. sebabnya hanya 1. kunon farewell utk meme..mood nak layan sedih sendu.. tp terbalik pulak bile dah jumpe.. ni lunch party tupperware kew?.. sib baik kfc ni tpt paling x sesuai nak wat drama swasta.. kalu dak..sure mmg mgalahkan sure heboh dek kerana mereka² dlm pic ni.. aku sahaja yang masih maintain dalam serba segi.. adat ketimuran harus di jaga..

Image006

.. sebahagian yang mjayakan lunch farewell ini.. muka² tpancar sinar kkenyangan.. dr kiri blkg yg sengeh sambil meneran tu.. puan sri Tika, tudung pink .. datin sri Ani, berkot hitam mata zoom ke camera yalah suspect utama dalam siri ini ; Meme.. dan tidak ktinggalan the only n only princess in the house Cik Miza ( still available..promote nih..kehkeh)

Image008

..ops.. ini puan sri Ana..

Image007

eh..ado layi ttinggal.. yg btudung oren.. puan sri Yanti

Image013

hasil kerakusan tangan mereka² di atas.. sadis.. tulang jek tinggal.

Image011

Miza seorg yg mjaga perut.. x habis makan.. reasonnya..ayam ni rasa cam unta.. ark?..

Image012

tidak ketahuan .. nape meme gelak sampai kedut idung sume terjojol..

Image019

pic ini di ambil ketika mereka xcited nampak abang polis traffic.. ensom sgt gamaknye yee..

Image015

camera di zoom kan ke kedai seng heng itu wahai miza.. awat ko lak pasan..hahaha ( memandu dlm keadaan amat bbahaya .. jgn tiru aksi lasak ini )

sekain untuk lunch farewell yg x menjadi nih.. ia x mjadi mungkin jua atas sebab² meme delay flight pada 5 julai.. so trauma sendu hiba pasrah dan rela itu kira nya akan di postpone pada tarikh bdekatan dengan detik² yang akan dperbaharui kelak.. :D

peace no war