Arkib untuk Kategori Syair

gelodak

Posted in puisi on 3 Jun 2009 by oney

apa sebenarnya yang engkau cari
dalam kerangka sekecil itu
merayau sehabis daya
segala aerial telah di selak
hingga amfibia menjadi celaru
ikut segala adunan kasar
dalam pencarian serak kehidupan
tidak tentu hujung pangkal
konon nya mencari harga diri
biar setinggi awan di celah matahari
atau seperti bergelimpangan
bintang selerak menutup bumi..
hanya jarak penglihatan
bagai mampu di gapai genggam
sedangkan kau tinggi jauh menjulang!

apa sebenarnya engkau hendak buktikan
gading berkilat melintang?
deretan frasa ke banggaan.. mampu
mengangkat engkau menjadi orang
dan kami yang bangsat ini
sekadar kuman naif
menjadi mainan basahan
sejeling mata cuma
bukan apa-apa..
bukan apa-apa
dan bukan apa-apa!

p/s akhirnyer..lepas jugak keladak ini.

saat kepala seperti di awangan /*-*\

Posted in puisi on 14 Januari 2009 by oney

Apa dah jadi…………

Berputar di awangan bazirkan waktu

Tiada apa terlintas

Semuanya seakan kaku

Dingin tidak berjiwa

Seperti ada garis resah

Membusut di dalam rona dada

Mengigit walau tiada kesan berparut

Apa yang membelenggu sangat meragut

Sungguh…

aku telah penat mencari maksud.

 

 Oney

140109

12:34

 

 

Aku tak tahu la apsal sejak akhir² ni kepala buat helli spin x mengikut piawaian biasa. Sesuka hentam kromo jek dia dok mai x ikut skala gear yang betul. Kengkadang aku rasa aku ok. Normal. Berpijak dengan kaki dan seimbang dengan bumi. Kejap lagi aku rasa aku ada kat angkasa lepas on the way to marikh .. terawang² melayang². Kapasiti body terus jadi ringan gile. Sampaikan tidak boleh seimbangkan tegak kepala dengan infrastruktur bangunan, apakan lagi gan badan. Time tu sure aku akan melentuk². Cam kena tiup angin ..kepala cecah desk mata pejam..mabuk!pening!
Plus in.. mual … ha.. ni 1 lagi bab.
Hp aku.. boleh tak aku menyampah nengok hp. Bunyi hp. Bunyi sms. Apa lagi kalau orang yang contact aku tu bermula dari huruf As…. automatik ..helli mula spinning, tekak mula nak kuarkan apa khazanah yg ada.. aku heran. Sungguh la heran. Apokono gak eh..
Cian budak as tu… jadi mangsa hormone aku.. :D Hmmmm.. *saat kepala seperti di awangan*

Posted in puisi on 8 Januari 2009 by oney

Jika kau tahu

Apa yang berselimut litup di dalam ini

Dan duduk terselirat di dasar yang paling dalam

 

Tidak kan sekali

Kau mengertikan yang lain

Untuk ayat susun bermain

Dalam semua lembaran cerita kita

Apa yang tersurat di wajah pagi

Tidakkah sama tersirat di kelopak wangi

 

Apa yang di baca

Tetap seperti itu aku berkata

Apa yang di dengar

Tetap seperti itu maknanya

Apa yang di rasa

Kan tetap seperti itu hati berbisik..

 

Itu pun .. jika kau ambil tahu.

 

su >> as

08/01/08

13:30pm

ada Sesuatu antara Kita

Posted in puisi on 7 Januari 2009 by oney

ont

yosh..

Selamat datang tahun 2009. Tahun yang siap pakej kemelesetan ekonomi global, sektor perkilangan specially semiconductor elektronik menerima bahang sejengkal dari atas kepala. ke kiri x leh, ke kanan gaung. masing² cuba mempertahankan semampu boleh namun ada jua yang telah kecundang sebelum sempat berjuang. Di tambah lagi dgn Cuaca alam yang tidak menentu, lembah penyakit yang entah x penah dengar sebelum ni .. [ aku yg x ponah dongar..org len ado kek eh]

Selamat datang 2009.. dengan pakej peperangan di gaza yang telah mengaut banyak nyawa orang awam tidak berdosa. saban hari melihat hasil simbahan darah di merata.. kita hanya buleh melihat sambil mengigit bibir, geram. apa mampu kita buat?.. jika kata Dr M dengan mboikot barangan amerika itu mampu memperkotakatikan .. harus kita takbir beramai²!

Lagikk.. Sambutan party seks yang sungguh mengejutkan [aku jek tkejot, korang tak].. dah biasa sangat .. kat metro ada budak umoq 13 tahun kate antara 20 org kawan² pompuan dia.. 17 org dah tarak dara..peh tu kalau pada yang masih ada tu kena pulaw beb.. adoish.. time aku umoq 13 kan.. masih panjat pokok mangga depan ghumah. tak kenal sapa lelaki ..sapa pompuan.. sume geng. main galah panjang lagik..huaaaaa. teruknya aku dulu.

ok enough. pic ni. aku jumpa bila masa aku mmg tahap boring leh masuk gaung. merayap dlm pc tetiba nampak pic nih. hik! aku suka pic ni. pompuan² dalam tu sume ada perangai samdol memasing. tp depa ni la yg aku kalau nak carik tengah mlm jam 12 kew.. 1 kew.. 4 am kew..selamba jek. mmg akan respondnya..specially niza. yg lagi 2 org tu ada la batas nya..kang kalu aku sms time tu kang. ada hp jadi cicak man melekat kat dinding. hihihi..

Friends.. thnks tinggalkan kenangan terindah pada 2008. merealisasikan impian oney. [gath 080808].. mjadi pencemuh terhormat. jujur dgn komen tajam. sound tak ikut lidah. maki tak pandang depan. hehe..

* ada sesuatu antara kita*

Hukuman Mu

Posted in puisi on 22 Disember 2008 by oney

 

Ketika

Kau terlena

Aku tiada bersama mu

 

Bersama aku di ketika itu

Sejadah lusuh terbentang

Dan kitab nyanyian hati

 

Sambil merungkai bisik kecil

Yang berkata lembut

Aku merenungkan nasib

Dalam pecah deraian sayu

 

Mengingati

Hari-hari lalu

Dalam setiap gerak jarum waktu

Pelbagai gerak laku

 

Hingga pada umur ini

Terbit satu persatu

Natijah yang hadir

Mengingatkan ..

Inikah balasan dari Mu?

Menghukum aku melalui kesakitan ini…

 

Oney

14:09

22/12/08

aku mahu terus membunuhnya!

Posted in puisi on 4 Disember 2008 by oney

Jika membunuh …

Mencarik muka, dada mu dengan garfu

Dan membenamkan bilah² samurai

Itu halal..

Akan segalanya

Terlukis untukmu

Terhunus benam sedalamnya

Biar dasar kerah kesakitan

Mahupun parut jahitan

Dan peroi patah merangkai

Bersalut bungkus

Dirimu satu persatu

 

Bukti aku terlalu sakit

Dan mahu terus membunuhnya!

Biar lupus makhluk ini dari muka bumi

Dan aman hidup kami yang tercekik

Setiap hari..