..insyaallah..

Posted in cawan kosong on 19 Ogos 2009 by oney

Assalamualaikum WP dan semua yang sudi membaca blog ‘Oney’..

:)

Saya tidak tahu gimana mahu bermula tapi tahu gimana nak menitik noktahnya.. hehe

Mana-mana blog yang saya rayau rata-ratanya sudah mula berkumandang lagu² menyambut ramadhan ehem .. ucapan menyambut ramadhan.. salam kemaafan yang mekar dari hati ekhem.. salam perantauan dari seberang .. hmmm..  saya? owhhh.. saya pun nak lah buat yang sama ..hehe cumanya saya ada ketupat yang anyamannya lain la sikit. wangi baunya.. bau syurga kata mak saya.. perfume mana pun takkan sama dengan bau dia.. cewah!..mak yo yoo le tu.

Saya sedang berbesar hati, kecut hati, sedang² gitu dan kering hati. Saya amat bersyukur Ramadhan ini saya menyambutnya dengan hutang tahun lepas yang masih tertunggak.. hahaha walau dah berkurangan tp hutang tetap hutang. Dan hutang ini akan menjadi lebih lebar jalur kiraan nya bila di campur dengan Ramadhan tahun ini ..aduiiii.. harap dapat saya membayar nya nanti. harap saya di beri kesempatan untuk membayarnya. insyaallah.. jika umur saya panjang selepas ini…

Ramadhan kali ini saya akan menyambutnya dengan kadar santai yang amat sederhana. Saya sangat berharap saya akan kuat untuk memasak bagi berbuka dan sahur.. Rabiatul dah 4 tahun berpuasa penuh.. seleranya sangat kurang.. saya tahu pilihan menunya.. apa yang membuka lohong seleranya.. kesian dia jika saya tidak kuat nanti..

Ramadhan kali ini .. pasti saya tidak dapat berbuka di luar.. hahaha        jika tidak merasa jugak la berbuka di luar dan merayau di pasar ramadhan mencari yang sedap di mata.. kecur air liur..fuhhh ..apakan daya…

Ramadhan ya Ramadhan pelbagai rahmat dalam ramadhan.. jangan di lepaskan wahai teman. (ruginya hamba..)

Nn3 ini adalah terakhir dari saya.. insyaallah.. jika di permudahkan dan di izinkan .. kita kan berjumpa lagi November 2009.. masih di tahun yg sama..

Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua yang rajin menjengah blog saya. Maafkanlah saya jika ada komen  yang menguris jiwa raga. Doakan saya selamat berjuang dan di permudahkan segalanya..

Salam Ramadhan .. dan seterusnya Salam Syawal untuk semua.. moga kita berjumpa lagi…insyaallah.

Maaf Zahir dan Batin.

 

crap cry 

 

 

 

hanya 1 (‘_’)

Posted in cawan kosong on 18 Ogos 2009 by oney

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap seorang ibu

Hanya satu pintaku
Tuk bercanda dan tertawa
Di pangkuan seorang ayah

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Di pangkuan ayah dan ibu

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap ayah dan ibu

 

-14 hari-

Posted in cawan kosong on 11 Ogos 2009 by oney

Alhamdulilah Emak sudah kembali. Buat sedikit doa selamat ala aci untuk 1 Family jek. Emak kelihatan sangat berseri dan kulit yang mulus putih ‘burn’ akibat panahan matahari di sana. Walau bagaimana pun .. yang penting segalanya selamat. Welcome back home Emak. Oney pulangkan balik waran cuci tahi kambing kat serambi depan tu ha.. dema sesuka hati jek melepas di mana-mana. btw..Emak balik ni.. biak lagi kambing Emak.. kuar sekor lagi betina malam khamis.. :D

Saya semakin la ketat dan berat. Dan juga tidak larat. Walau masih mengunakan uniform yang sama, tidak perlu bertukar ganti .. hehehe tapi sudah dekat-dekat begini, keadaan nya tidak sebayu mana.. saya sangat la rasa seperti tidak selesa. Udah tidak mampu berlari, apakan lagi melompat.. menari jauh sekali.. bertukar jadi transformer.. ohh merepek daaa

Saya ada lagi 14 hari untuk di lalui. 14 hari yang sangat mendebarkan. 14 hari yang mungkin akan lebih awal atau on the dot atau lewat sedikit. 14 hari yang buat saya tidak boleh lelap bersama mimpi yang leka. 14 hari yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. 14 hari yang sangat menakutkan saya. aduyaii.. mampu ke saya melaluinya..???

Rezeki si pemalu ni amat murah. Saya tidak perlu banyak membeli. Ada sahaja yang memberi. Banyak pula tu. Kalau tidak membeli stok baju nya hingga 12 bulan pun memang cukup. Dah penuh bilik saya dengan barang dia. Dia dah mula cop kebanyakkan tempat dalam bilik tu. Saya dah tidak tahu mana lagi nak letak.. Rezeki .. Alhamdulilah..

Oye.. Kenapa saya mengelarkan dia si pemalu?? sehingga sekarang dia masih main sorok-sorok dengan saya. Tidak apa la .. 14 hari nanti.. kita kan ketemu jua.

:D

Note : n3 luahan sesuka hati saya. kalau tidak baca pun tak mengapa.

h-one-n-one

Posted in cawan kosong on 6 Ogos 2009 by oney

Saya sangat la risau dengan gejala h1n1 ni. SKAK  dah pun di tutup. Tiada kepastian dari pihak sekolah tentang jangkitan penyakit ini pada pelajar. Tetapi dari Rabiatul .. 80% pelajar sekolahnya telah mengalami demam/batuk/selsema hinggakan kementerian meminta pihak sekolah menutup pintu pagar. hmm.. Rabiatul pun sering batuk sejak akhir-akhir ini, tetapi puncanya telah di kenal pasti.. minum ais,ice cream,kipas,acond.. terlalu panas katanya. Dia sedang bergumbira di rumah.. advance school holiday.. amboi..

Puteri Maria jua di kuarantin.. oleh PASTI di kawasan rumah. Setakat ini hanya dia sahaja yang tidak di benarkan datang. Yang pastinya dia memang mengalami selsema yang teruk..hinggakan lubang hidung pun dah colour merah dot dot dot. umpama ruam .. hmm.. simptoms lain takde.

Saya sangat risau.. risau..risau..

untitled1

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

•Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak.
•Berehat dan meminum banyak air
•Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol.
•Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda.
•Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
•Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain.
•Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan.
Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia

5 Ogos 2009 
        
Pada 5 Ogos 2009 sejumlah 16 kes baru influenza A(H1N1)  dilaporkan dengan 3 kes kematian.  Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Daripada 16 kes yang dilaporkan hari ini, 10 merupakan kejadian dari 3 kluster baru dan 6 kes sporadik atau terpencil. Manakala tiga (3) kes kematian yang dilaporkan adalah kes sporadik.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 5 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,476 kes dengan jumlah kematian 11 orang.  Daripada 1,476 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39%) merupakan kes import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan.  Daripada jumlah ini, 1,413 kes (96%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.  

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti rendah (1).

Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian. Maklumat mengenai kes kematian pada 4 Ogos 2009 seperti berikut:

  1. Kematian ke-sembilan, kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

 

  1. Kematian ke-sepuluh, kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk.  Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

 

  1. Kematian ke-sebelas, kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009. Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009  jam 2.30 pagi dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

 

Merujuk kepada situasi global, sehingga 5 Ogos 2009, sejumlah 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara.  Ia merupakan peningkatan sebanyak 4,531 kes dengan 42 kematian berbanding dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau.

Penularan virus influenza A(H1N1) di dalam komuniti telah semakin meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

  1. Mereka yang berisiko tinggi (mengandung, obes, asma, diabetes, imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma.

    Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

 

  1. Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza A(H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask jenis ‘three ply’ yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada orang lain.

 

  1. Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak nafas, atau `altered conciousness’ sila segera mendapatkan rawatan di hospital.

 

  1. Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan kawalan.

 

Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan  sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 5 Ogos 2009

……………………………………………………..//…………………………………………………..

nota: dengar komen macam-macam berkenaan pihak Hospital.. tidak tahu lah benar atau tidak.. hmm

Butik Andak telah di buka!

Posted in cawan kosong on 5 Ogos 2009 by oney

Salam :D …………… ada lagi saya ni kan?

Hendak bercerita sedikit tentang pembukaan Butik Andak.  Bukan kepunyaan saya.. tapi kawan saya yang nun jauh di sana. Tahniah di ucapkan padanya, dengan kesungguhan dan kegigihan beliau akhirnya dia berjaya merealisasikan impiannya selama ini. Tahniah! Tahniah! Tahniah! saya tumpang berbangga.

Butik ini .. Butik Andak andak4

beralamat di No 803, Tingkat bawah, Jalan Kota Kenari 3, Kota Kenari 09000 Kulim Kedah. Masih wangi ..masih baru akan tetapi telah mula menerima tempahan demi tempahan sempena Hari Raya ini. Upah menjahit pun tidak mahal seperti butik-butik sedia ada yang lain.  Baju kurung johor/pesak – RM 35. Baju kurung pahang – RM 40. Baju Kurung moden – RM 45.

Namun ada juga baju/blouse/pants/tudung dan kain pasang ada di jual sama. Pilihan pun banyak, harga berpatutan dari hanya RM29.90 hingga la RM350.00

andak3

 andak

andak5

kurung bsulam blabuci

andak2

* yang warna hijau tu dah di jual semalam*

untuk kamu-kamu yang kelapangan ..tercari-cari.. boleh la menjengah, menyinggah, mengusha, menyoal kaji selidik ..butik ini.. insyaallah kalian akan berpuas hati dengan mutu service dan tailor yang mesra alam serta berpengalaman.

:D

sekali lagi.. TAHNIAH myfriend.. Noor Zurani.. semoga kejayaan sentiasa bersamamu..

(- . -)

Posted in cawan kosong on 3 Ogos 2009 by oney
... bila aku sudah tiadaaaaaa... simpan semua puisi ku.. jangan di ingat selalu..mungkin ini sementaraaaaaaaaaaa... huk huk huk

... bila aku sudah tiadaaaaaa... simpan semua puisi ku.. jangan di ingat selalu..mungkin ini sementaraaaaaaaaaaa... huk huk huk